China...antara negara yg dalam bucket list aku untuk travel jika diberi kesempatan waktu dan rezeki..So untuk entri kali nih, kita cerita pasal travel aku ke Beijing dan Shanghai China pd April 2015..tapi disebabkan partner in crime aku dlm travel nih dah buat blog pasal trip tuh,so korang boleh refer je k kt blog die nih..baca tau! klik sini..
Aku sebenarnya xdelah kaki travel sangat, tapi bila ada rezeki lebih n cuti pun cun, aku jalan je..Seronok jalan tempat orang nih, kita tengok banyak benda, belajar banyak benda,dan yg penting syukur pada byk benda dan perkara gak.Sebab kekadang bila berjalan ni lah kita akan kenal ramai orang dan belajar banyak perkara tentang kehidupan..Nanti kalo rajin lepas nih, aku akan update trip2 aku yg lain yea..Mungkin tak banyak membantu, tapi sekurangnya boleh refer kalo korang nk pi jalan sana gak nanti..yg penting mana yg elok ambil dan amalkan, yg xelok tuh kalo dh tengok dan buat, tinggalkan dan belajardr kesilapan..Check out nanti yea trip lain aku ke:-
SAUDI ARABIA KINGDOM OF CAMBODIA KAP KUN KAP THAILAND INDONESIA SINGAPORE SABAH & SARAWAK JELAJAH UTARA MALAYSIA KEMBARA TIMUR MALAYSIA JEJAK SELATAN MALAYSIA
haaa,layan dah video kat atas nih..so,ni kira video pengenalan utk entri kali nih..
KONYA
Konya, bandar yang tidak asing lagi di bumi Turki dan sangat terkenal dengan hikayat ahli sufi dan tarian atau upacara ' Wherling Dervish'. Konya banyak berkait dengan penulis terkenal Parsi, Jalaluddin Rumi yang telah mengasaskan tarikat Mevlevi. Walaupun Konya sekarang dah makin berkembang pesat, tapi sebenarnya bandar ni masih dikira sebagai bandar yg paling konservatif lagi di Turki. Kenapa? Ni sebab hanya kt bandar Konya ini kita masih boleh lihat ramai perempuan menutup rambut lg samada dengan selendang atau tudung berbanding tempat lain yg lebih moden. Malah rasanya orang2 kat bandar ni gak kan lebih peramah ngn tenang sikit kalo nk compare dengan yg di Istanbul.
1. MEVLANA MUSEUM @ ROSE GARDEN
Mevlana Museum merupakan tempat yg menempatkan makam ahli fikir Sufi terkenal - Jalaluddin Muhammad Rumi yang meninggal dunia pada 1273. Beliau ni lebih dikenali sebagai Mevlana atau Rumi. Bila masuk je kt dlm muzium ni,kita boleh lihat terdapat banyak makam atau kubur maulana-maulana. Selain dari makam milik Jalaluddin Rumi, yg lain tu milik anak-anak beliau,anak2 murid beliau dan ramai lagi.
Muzium ni dulu adalah merupakan pusat keagamaan Islam dan tempat berkumpul dan belajar ahli sufi di Turki ketika era pemerintahan Seljuk Turks dan Uthmaniyyah. Kat muzium ni ada terdapat ruang pameran yang menayangkan pelbagai peninggalan awal kedatangan Islam ke Turki dulu. Ada ditayangkan baju-baju yang digunakan Rumi, Al-Quran yg ditulis pd masa dahulu serta buku-buku asal yg ditulis oleh Rumi dan Tabrizi.
Kalo nak tau, tempat ni gak dipanggil Rose Garden sebab dipenuhi dengan pokok bunga ros yg sangat banyak. Kalo dtg masa musim bunga (dlm bln 4@5 ), memang syok habislah bergambar..heh..
Kita layan gambo eh..
Mevlana Muzium
Tempat wajib snap la kan..
Antara bahan - bahan yg dipamerkan..
Pameran-pameran di dalam muzium
Makam-makam
Haaaa...ni lah yg Rose Garden nye tuh..sakan noh depa amik gambaq..hahaha.ni pun kira tinggal sket je nih rose nya..
2. ' WHERLING DERVISH' ATAU TARIAN SUFI / MEVLANA.
Tarian ini telah dicipta oleh Rumi. Para penarinya memakai pakaian serba putih,berkopiah dan mereka ni akan menari dengan cara berpusing badan tanpa henti sambil pejam mata dan kepala di sengetkan sedikit. Tarian ni kan dieorang akan berpusing atau berputar ikut arah jam, dan dibuat secara terus menerus, kekadang sehingga berjam lamanya tau...gila ahh,kalo aku confirm dah terlentang pening tak bangun2...hahahahaha
Simbolik tarian ni adalah kepada putaran alam semesta yg selalu berputar mengikut arahnya sendiri. Tangan kanan yg dihulur ke atas lak sebagai tanda bersyukur atas kurniaan Tuhan, manakala tangan kiri lak yg di hulur ke bawah tu sebagai simbolik kepada pemberian rasa kasih syg sesama manusia.
CAPPADOCIA MEMUKAU!
Sebut je Cappadocia, memang terbayang terus belon panas dan pemandangan yg cantik memukau kan?..Orang kata xsah kalo melancong ke Turki tapi tidak ke Cappadocia...tapi sebaik saja menjejakkan kaki ke Kapadokya ( panggilan org tempatan ), aku terus terbayangkan cerita kartun animasi zaman batu Flinstone tuh!hahaha...sebabnya keadaan dimana rumah2 dan hotel2 di sini semuanya dibina DALAM batu okeh..dan landskap batu-batunya, subhanallah sangat mempesonakan..
Batu-batu tu semua adalah kesan dari gunung berapi dan cuaca beribu tahun dulu yg memberikan impak panorama yg sangat menarik utk dirakam dan diterokai. Video kt atas tadi tuh adalah salah satu restoran yg terletak dalam sebuah bukit dan ditebuk menjadi restoran dalam batu. Kami dibawa mkn lunch di situ untuk merasai pengalaman dan suasana yg sangat unik dan nyaman ngn sejuk je rasa udaranya.
Lunch dalam restoran batu...bubur die sedap oiiii!
UCHISAR VILLAGE. Belakang tuh semua rumah2 yg dibina dlm batu dan masih didiami..
Hospital zaman dulu
Daerah Cappadocia nih xdelah besar sgt...selain dari aktiviti belon panas dan pemandangan yg cantik, bandar ni gak terkenal ngn seramik dan tembikar yg sangat cantik..nih masa pi melawat di Avanos Pottery Village..harganya okeh, xdelah mahal sangat dan xmurah juga..
Demo sket..
Cecantik kan!
Selain tuh, bila dah kat Cappadocia nih, boleh lah gak pi tengok Pigeon Valley dan Underground City ( penempatan awal bawah tanah org Kristian)...Cantik giler!! Pigeon Valley ni adalah kawasan batu-batuan yg diukir lubang utk burung merpati duduk dlm tuh..
Underground City
Pigeon Valley
To be continued... Tak Manisnya Cinta di Cappadocia
NANTIKAN :- Ankara dan Istanbul Aku Datang!!hehhe..
Journey kami bermula di KLIA. Untuk trip Turki ni, kami naik flight Qatar Airways, tapi ade transit di Doha utk few hours. So far aku puas hati ngn Qatar Airways nih, servis ok dan yg penting makanan die pun ok ngn tekak aku nih..
Brapa jam flight??
Haaa,ambik ko..nk dekat 14 jam k dok terperap dlm burung besi tuh..Pi umrah aritu pun xselama nih.Aku pun dh xingat dah brapa banyak movie aku khatam tgk sepanjang kt atas tuh.Tu xmasuk lg makan tido,pastu makan tido balik...heh...Beza waktu Turki dengan Malaysia lak dlm 5jam mcm tu..
Ataturk International Airport
Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk dan dh ready kt sana our tour guide, Serkan(yg gambo mamat hensem kt entry intro tuh le) tunggu kami semua. Setel semua urusan airport,kami terus menaiki bas untuk menuju ke Bursa yg jaraknya lebih kurang 175KM dari Istanbul ( dlm 3 jam mcm tulah lebih kurang).Tapi sebelum tuh,bas kiteorg kena naik feri dulu, dalam 35min di Terminal Yenikapi, Istanbul sebelah Eropah utk menyeberangi Laut Marmara ke Yalova, sebelah Asia. Alah feri die mcm Feri Pulau Pinang gak,cumanya die lg besar dan ade kafe lengkap kt tingkat atas utk duduk mkn2 n hangat badan ngn kopi Turki.Sebabnya masa kami datang nih,musim sejuk dah habis nk masuk musim bunga dah,tp sejuk die...fuhhhhh.
Ni pemandangan dari atas Feri Bursa..
Mackarel Salai utk lunch..giler sedap n berlemak k!
Oopss lupa, kami di bawa lunch di seafood restoran di Galata Bridge. Kat Galata Bridge ni memang terdapat byk restoran makanan laut, tapi toksah lah mengharapkan sotong goreng tepung, siakap 3 rasa pulak....sebab seafood dieorang adalah ikan semata terutamanya ikan makarel salai...memang sedap bila di makan panas2.Dan lauk sayur bg dieorang adalah salad sahaja, setiap kali meal wajib ade salad, jgn mintak bendi goreng, kailan ikan masin okeh. Tp kalo hari2 makan,muak gak...heee. Dari Galata Bridge ni jugak kita boleh tengok seluas pemandangan Selat Bosphorus. Fyi = Selat Bosphorus adalah selat yang memisahkan dua benua tetapi masih dalam satu negara, iaitu Benua Asia dan Benua Eropah.
Selat Bosphorus
BURSA
Bursa ni adalah ibu negara pertama Turki. Turki ni dah beberapa kali tukar ibu negara, kalo macam Malaysia dari dulu memang KL je kan, so sekarang ibu negara Turki adalah Ankara.
Tempat wajib amik gambo la kann..
So, ape yang ada di Bursa nih? Apa yang menarik yea..Jom tengok.
1. GRAND MOSQUE/ ULU CAMII ( sebutan nye JAMEK )
Grand Mosque ni merupakan Masjid Utama di Bursa. Masjid ini dibina pada zaman empayar Uthmaniah dan hingga la nih masih utuh dan kukuh. Masjid nih mempunyai 20 kubah. Di dalam masjid nih terdapat pelbagai ukiran khat yg sangat cantik dan besar yg menghiasi setiap ruang masjid. Apa yg menarik kt masjid nih ialah ianya masih mengekalkan lampu chandelier Turkey yg sangat cantik. Selain tu, masjid nih ada tempat ambil wudhuk yg dibina macam water fountain tuh drp batu marmar putih. Sejuk giler airnya. Dan airnya tu jugak adalah bersih dan selamat untuk diminum.
Khat yg cantik2
Pemandangan dlm masjid
Lampu Chandelier Turki
Tempat wudhuk yg cantik
2. GREEN MOSQUE / YESIL CAMII & GREEN TOMB
Masjid nih tak jauh dari Grand Mosque. Green Mosque ni dibina oleh Mehmet I dan siap dibina pada akhir tahun 1419. Kenapa dipanggil Green Mosque?? Sebab kebanyakan tile2 yang digunakan adalah bewarna hijau dan biru. Masjid ni tidak lah besar, tapi architecture nya sangat menarik. Masa kami datang melawat tu, pengunjung tak ramai sangat dan imam masjid tu telah bermurah hati tunjuk demo sket cara alunan azan yg berbeza bagi setiap waktu solat.. Merdu gemersik suara imam tuh...heh. Layan gambar nah..
Tile masjid yg sangat menarik
GREEN TOMB
Terletak bersebelahan je ngn Green Mosque. Di sini terletaknya makam Sultan Muhamad Fateh iaitu Sultan yang memimpin tentera Islam menawan Kota Constantinople ( Istanbul). Semua reka bentuk dan hiasan bangunan menggunakan konsep dan hiasan Turki yang sungguh cantik. Dalam makam ni, hampir keseluruhan dindingnya dihiasi dengan mozek yg sangat cantik dan lukisan yg sangat berseni.
Makam Sultan Mehmet I
Okeh, abes pusing-pusing Bursa ,perjalanan kami diteruskan lg ke Pamukkale..Perjalanan kali nih mengambil masa lebih kurang 5 jam..Berpetak pungkoq tauuuu...Tapi nasib baik bas persiaran di sini sangat selesa dan yg penting siap dilengkapi dengan sambungan WIFI!!! yeaayyy...Masuk je bas ape lagi,turu le semua..hahaha.turu tu tido org jawa ckp..heh..Kat hiway Turki ni sama macam Malaysia, jalan cantik dan besar dan ada RnR yg bersih dan selesa gak..so toksah risau kalo ade rasa panggilan fitrah tu k, kasi roger je abg drebar. Cuma ape yg menariknya, di sepanjang perjalanan, kita akan dapat tengok banyak ladang pokok zaitun yg ditanam di kiri kanan jalan..sebabnya adalah kerana Turki merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak zaitun terbesar dan terkemuka dunia..
Haaa...sape suruh pi tengok movie Manisnya Cinta di Cappadocia ngn Istanbul Aku Datang,kan dah terjatuh cinta..haaa.Maka bermula dari detik itulah angan2 dah dipasang nk jejak gak ke sana...nak naik belon panas..( ada cerita disebaliknya nanti,huh!!)
Kenapa Turkey?
Sebab Turkey sangattt cantik,anda perlu pergi sekali seumur hidup,biidznillah. Dan fakta lain yang patut korang tahu - Turki dipenuhi dengan mamat2 yang sedappp mata memandang...hahahahahah...sungguh la,xtipu..nanti korang pi korang tengoklah...
Haaa, kan dah ckp..caya tak?..hahahah
So,untuk entri kali nih,kite cerita pasal trip jalan pi Turki k..
Jadi selepas sesi usha - mengusha dalam web dan iklan,sesi suaikenal ngn travel2 agent yang di rekemenkan oleh kawan2 , sesi banding harga dan pemilihan date yg giler susah nk kasi ok ngn jadual semua orang, maka akhirnya aku memilih pakej dari Kowamas Holidays untuk trip kali ni..Trip kali ni mak ayah aku join,sekali ngn adik lelaki aku n seramai 20 orang lg dr seluruh pelusuk negara yg turut join.
Korang boleh je usha web http://kowamasholidays.com/, dieorang ade banyakkk lagi pakej2 len untuk ke pelbagai destinasi menarik pilihan hati korang..Kalo ikutkan, boleh tahan murah gak harga2 pakej dieorang compare ngn travel2 agent len..
Nah,aku share gak sket kat sini travel2 agent lain yg famous untuk trip ke Turki,bezanya hanya harga,date fly ngn flight ape korang naik ti je...check it out!
p/s : FYI, semua ni travel agent milik Bumiputra sepenuhnya..so mmg muslim pakej le,korang xyah risau psl makan macamana n penjagaan waktu solat. Kalo tak, korang boleh je pilih dr travel agent bukan Muslim, tp korang kena bayar lebih sket le utk pakej muslim..
Segenggam.. Kau besar mana, Tapi kalau kau hitam, Pekat malam pekat lagi hati dalam, Kau lupa, Kalam jiwa itu hati, Yang melalut ikut mulut, Yang berhujah ikut lidah, Kau jahat asal bukan muslihat, Kau tak kalah biar salah. Seketika berhenti, Cuba kau pandang dengan mata hati, Kian tanya kian banyak tahu, atau terusan ternganga banyak buntu.