بســــــــم الله الرحمن الرحيم
Oraitt...happy reading!
Oraitt...happy reading!
Journey kami bermula di KLIA. Untuk trip Turki ni, kami naik flight Qatar Airways, tapi ade transit di Doha utk few hours. So far aku puas hati ngn Qatar Airways nih, servis ok dan yg penting makanan die pun ok ngn tekak aku nih..
Brapa jam flight??
Haaa,ambik ko..nk dekat 14 jam k dok terperap dlm burung besi tuh..Pi umrah aritu pun xselama nih.Aku pun dh xingat dah brapa banyak movie aku khatam tgk sepanjang kt atas tuh.Tu xmasuk lg makan tido,pastu makan tido balik...heh...Beza waktu Turki dengan Malaysia lak dlm 5jam mcm tu..
![]() |
Ataturk International Airport |
Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk dan dh ready kt sana our tour guide, Serkan(yg gambo mamat hensem kt entry intro tuh le) tunggu kami semua. Setel semua urusan airport,kami terus menaiki bas untuk menuju ke Bursa yg jaraknya lebih kurang 175KM dari Istanbul ( dlm 3 jam mcm tulah lebih kurang).Tapi sebelum tuh,bas kiteorg kena naik feri dulu, dalam 35min di Terminal Yenikapi, Istanbul sebelah Eropah utk menyeberangi Laut Marmara ke Yalova, sebelah Asia. Alah feri die mcm Feri Pulau Pinang gak,cumanya die lg besar dan ade kafe lengkap kt tingkat atas utk duduk mkn2 n hangat badan ngn kopi Turki.Sebabnya masa kami datang nih,musim sejuk dah habis nk masuk musim bunga dah,tp sejuk die...fuhhhhh.
![]() |
Ni pemandangan dari atas Feri Bursa.. |
![]() |
Mackarel Salai utk lunch..giler sedap n berlemak k! |
Dari Galata Bridge ni jugak kita boleh tengok seluas pemandangan Selat Bosphorus.
Fyi = Selat Bosphorus adalah selat yang memisahkan dua benua tetapi masih dalam satu negara, iaitu Benua Asia dan Benua Eropah.
![]() |
Selat Bosphorus |
BURSA
Bursa ni adalah ibu negara pertama Turki. Turki ni dah beberapa kali tukar ibu negara, kalo macam Malaysia dari dulu memang KL je kan, so sekarang ibu negara Turki adalah Ankara.
![]() |
Tempat wajib amik gambo la kann.. |
So, ape yang ada di Bursa nih? Apa yang menarik yea..Jom tengok.
Grand Mosque ni merupakan Masjid Utama di Bursa. Masjid ini dibina pada zaman empayar Uthmaniah dan hingga la nih masih utuh dan kukuh. Masjid nih mempunyai 20 kubah. Di dalam masjid nih terdapat pelbagai ukiran khat yg sangat cantik dan besar yg menghiasi setiap ruang masjid. Apa yg menarik kt masjid nih ialah ianya masih mengekalkan lampu chandelier Turkey yg sangat cantik. Selain tu, masjid nih ada tempat ambil wudhuk yg dibina macam water fountain tuh drp batu marmar putih. Sejuk giler airnya. Dan airnya tu jugak adalah bersih dan selamat untuk diminum.
![]() |
Khat yg cantik2 |
![]() |
Pemandangan dlm masjid |
![]() |
Lampu Chandelier Turki |
![]() |
Tempat wudhuk yg cantik |
Masjid nih tak jauh dari Grand Mosque. Green Mosque ni dibina oleh Mehmet I dan siap dibina pada akhir tahun 1419. Kenapa dipanggil Green Mosque?? Sebab kebanyakan tile2 yang digunakan adalah bewarna hijau dan biru. Masjid ni tidak lah besar, tapi architecture nya sangat menarik. Masa kami datang melawat tu, pengunjung tak ramai sangat dan imam masjid tu telah bermurah hati tunjuk demo sket cara alunan azan yg berbeza bagi setiap waktu solat.. Merdu gemersik suara imam tuh...heh. Layan gambar nah..
![]() |
Tile masjid yg sangat menarik |
GREEN TOMB
Terletak bersebelahan je ngn Green Mosque. Di sini terletaknya makam Sultan Muhamad Fateh iaitu Sultan yang memimpin tentera Islam menawan Kota Constantinople ( Istanbul). Semua reka bentuk dan hiasan bangunan menggunakan konsep dan hiasan Turki yang sungguh cantik. Dalam makam ni, hampir keseluruhan dindingnya dihiasi dengan mozek yg sangat cantik dan lukisan yg sangat berseni.
![]() |
Makam Sultan Mehmet I |
Okeh, abes pusing-pusing Bursa ,perjalanan kami diteruskan lg ke Pamukkale..Perjalanan kali nih mengambil masa lebih kurang 5 jam..Berpetak pungkoq tauuuu...Tapi nasib baik bas persiaran di sini sangat selesa dan yg penting siap dilengkapi dengan sambungan WIFI!!! yeaayyy...Masuk je bas ape lagi,turu le semua..hahaha.turu tu tido org jawa ckp..heh..Kat hiway Turki ni sama macam Malaysia, jalan cantik dan besar dan ada RnR yg bersih dan selesa gak..so toksah risau kalo ade rasa panggilan fitrah tu k, kasi roger je abg drebar. Cuma ape yg menariknya, di sepanjang perjalanan, kita akan dapat tengok banyak ladang pokok zaitun yg ditanam di kiri kanan jalan..sebabnya adalah kerana Turki merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak zaitun terbesar dan terkemuka dunia..
PAMUKKALE
1. COTTON CASTLE
Pamukkale bermaksud istana kapas dalam bahasa Turki, atau lebih dikenali dengan tarikan Cotton Castle. Cotton Castle adalah sebuah kawasan teres kolam air panas yg berwarna putih di lereng bukit. Dari jauh ia kelihatan seperti bukit yang diliputi kapas putih atau salji.Ianya terjadi disebabkan hablur berwarna putih yg dialirkan oleh air yg keluar dari bukit batu kapur. Kenapa dipanggil Cotton?? Sebabnya di kawasan tersebut, di sekelilingnya adalah merupakan ladang kapas yg sangat luas terbentang sejauh mata memandang..Kalo datang masa musimnya,....perghh memutih bak salju. Kat kolam air panas tuh kite boleh masuk untuk rendam2 kaki,takdelah panas sgt pun,suam-suam gitu..Tapi mohon berhati-hati okeh, kawasan tu sgt licin, berdebek-debek ko jatuh tertiarap nanti...so,toksah nak cover cun sgt.
![]() |
View Cotton Castle dari kejauhan |
![]() |
Rendam kaki je,jgn kuak lentang lak.. |
![]() |
Cantik kan susunan teres batu kapur |
![]() |
View dari atas Cotton Castle |
2. ANCIENT HIERAPOLIS
Haa, lepas rendam-rendam kaki boleh lah jalan-jalan kat kota purba lama Ancient Hierapolis yg ada kat puncak bukit tu. Kota purba ini wujud sejak zaman sebelum pemerintahan Byzantine lagi. Antara peninggalan utamanya ialah Gates of Hell, Theater, Cleopatra's Pool dan Roman Bath...Zassss
![]() |
Peta dan luas kawasan Kota Purba |
![]() |
Tinggalan Kota Purba kt blkg tu.. |
No comments:
Post a Comment