haaa,layan dah video kat atas nih..so,ni kira video pengenalan utk entri kali nih..
KONYA
Konya, bandar yang tidak asing lagi di bumi Turki dan sangat terkenal dengan hikayat ahli sufi dan tarian atau upacara ' Wherling Dervish'. Konya banyak berkait dengan penulis terkenal Parsi, Jalaluddin Rumi yang telah mengasaskan tarikat Mevlevi. Walaupun Konya sekarang dah makin berkembang pesat, tapi sebenarnya bandar ni masih dikira sebagai bandar yg paling konservatif lagi di Turki. Kenapa? Ni sebab hanya kt bandar Konya ini kita masih boleh lihat ramai perempuan menutup rambut lg samada dengan selendang atau tudung berbanding tempat lain yg lebih moden. Malah rasanya orang2 kat bandar ni gak kan lebih peramah ngn tenang sikit kalo nk compare dengan yg di Istanbul.
1. MEVLANA MUSEUM @ ROSE GARDEN
Mevlana Museum merupakan tempat yg menempatkan makam ahli fikir Sufi terkenal - Jalaluddin Muhammad Rumi yang meninggal dunia pada 1273. Beliau ni lebih dikenali sebagai Mevlana atau Rumi. Bila masuk je kt dlm muzium ni,kita boleh lihat terdapat banyak makam atau kubur maulana-maulana. Selain dari makam milik Jalaluddin Rumi, yg lain tu milik anak-anak beliau,anak2 murid beliau dan ramai lagi.
Muzium ni dulu adalah merupakan pusat keagamaan Islam dan tempat berkumpul dan belajar ahli sufi di Turki ketika era pemerintahan Seljuk Turks dan Uthmaniyyah. Kat muzium ni ada terdapat ruang pameran yang menayangkan pelbagai peninggalan awal kedatangan Islam ke Turki dulu. Ada ditayangkan baju-baju yang digunakan Rumi, Al-Quran yg ditulis pd masa dahulu serta buku-buku asal yg ditulis oleh Rumi dan Tabrizi.
Kalo nak tau, tempat ni gak dipanggil Rose Garden sebab dipenuhi dengan pokok bunga ros yg sangat banyak. Kalo dtg masa musim bunga (dlm bln 4@5 ), memang syok habislah bergambar..heh..
Kita layan gambo eh..
![]() |
Mevlana Muzium |
![]() |
Tempat wajib snap la kan.. |
Antara bahan - bahan yg dipamerkan..
![]() |
Pameran-pameran di dalam muzium |
![]() |
Makam-makam |
Haaaa...ni lah yg Rose Garden nye tuh..sakan noh depa amik gambaq..hahaha.ni pun kira tinggal sket je nih rose nya..
2. ' WHERLING DERVISH' ATAU TARIAN SUFI / MEVLANA.
Tarian ini telah dicipta oleh Rumi. Para penarinya memakai pakaian serba putih,berkopiah dan mereka ni akan menari dengan cara berpusing badan tanpa henti sambil pejam mata dan kepala di sengetkan sedikit. Tarian ni kan dieorang akan berpusing atau berputar ikut arah jam, dan dibuat secara terus menerus, kekadang sehingga berjam lamanya tau...gila ahh,kalo aku confirm dah terlentang pening tak bangun2...hahahahaha
Simbolik tarian ni adalah kepada putaran alam semesta yg selalu berputar mengikut arahnya sendiri. Tangan kanan yg dihulur ke atas lak sebagai tanda bersyukur atas kurniaan Tuhan, manakala tangan kiri lak yg di hulur ke bawah tu sebagai simbolik kepada pemberian rasa kasih syg sesama manusia.
CAPPADOCIA MEMUKAU!
Sebut je Cappadocia, memang terbayang terus belon panas dan pemandangan yg cantik memukau kan?..Orang kata xsah kalo melancong ke Turki tapi tidak ke Cappadocia...tapi sebaik saja menjejakkan kaki ke Kapadokya ( panggilan org tempatan ), aku terus terbayangkan cerita kartun animasi zaman batu Flinstone tuh!hahaha...sebabnya keadaan dimana rumah2 dan hotel2 di sini semuanya dibina DALAM batu okeh..dan landskap batu-batunya, subhanallah sangat mempesonakan..
Batu-batu tu semua adalah kesan dari gunung berapi dan cuaca beribu tahun dulu yg memberikan impak panorama yg sangat menarik utk dirakam dan diterokai. Video kt atas tadi tuh adalah salah satu restoran yg terletak dalam sebuah bukit dan ditebuk menjadi restoran dalam batu. Kami dibawa mkn lunch di situ untuk merasai pengalaman dan suasana yg sangat unik dan nyaman ngn sejuk je rasa udaranya.
![]() |
Lunch dalam restoran batu...bubur die sedap oiiii! |
![]() |
UCHISAR VILLAGE. Belakang tuh semua rumah2 yg dibina dlm batu dan masih didiami.. |
![]() |
Hospital zaman dulu |
Daerah Cappadocia nih xdelah besar sgt...selain dari aktiviti belon panas dan pemandangan yg cantik, bandar ni gak terkenal ngn seramik dan tembikar yg sangat cantik..nih masa pi melawat di Avanos Pottery Village..harganya okeh, xdelah mahal sangat dan xmurah juga..
![]() |
Demo sket.. |
![]() |
Cecantik kan! |
Selain tuh, bila dah kat Cappadocia nih, boleh lah gak pi tengok Pigeon Valley dan Underground City ( penempatan awal bawah tanah org Kristian)...Cantik giler!! Pigeon Valley ni adalah kawasan batu-batuan yg diukir lubang utk burung merpati duduk dlm tuh..
![]() |
Underground City |
![]() |
Pigeon Valley |
NANTIKAN :- Ankara dan Istanbul Aku Datang!!hehhe..
Teringat-ingat tasbih gergasi Mevlana...
ReplyDelete